Saturday, September 18, 2010

raya..raya..

Salam ‘alaik..

Selagi bumi masih berputar, selagi siang dan malam saling bertukar, selagi itulah (Insya-Allah) degup kehidupan ini akan terus berkisar. Di sepanjang derap langkah peredaran tahun demi tahun, kita begitu tekun mengheret beban hidup yang kian meruntun..

(hehehe~ bermadah pulak ye.. sebenarnya bukan lah kata hati sendiri.. mencedok juga dari sumber yang ada, cuma diolah kembali.. harap maaf ye..)

Kadang-kadang, aku terfikir, kenapalah diri ini begitu hipokrit. Bukan ingin membuka pekung di dada, tetapi itulah manusia kan? Tidak lepas daripada cacat celanya.. every single person is not perfect. Ku pegang teguh kata-kata itu.. namun, apa-apa pun, kita perlu memperbaiki diri agar lebih baik. Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.. begitulah hendaknya.

Pagi tadi aku bangun agak awal. Solat Isya’ segera kutunaikan memandangkan aku tidak lagi menunaikannya. Aku tidur agak awal semalam, mungkin kerana letih berpuasa pada siangnya.

Sementara menunggu jam 5, aku membuka tv, manalah tahu kot-kot ada siaran yang menarik. Jari ku pantas menekan remote contol. Stesen tv X menjadi pilihan hati. Tapi tatkala melihat siarannya.. Masya Allah.. siaran konsert oleh salah seorang artis popular tanah air.. Masya Allah, terus ku capai remote control sekali lagi dan menukar siaran. Akhirnya, aku menonton drama di stesen tv Y.

Apa yang ingin kukatakan di sini ialah, sepanjang pemerhatian aku, sepanjang musim raya ini, macam-macam rancangan yang ditayangkan oleh stesen TV.. tapi, yang tak menariknya ialah, rancangan-rancangan ini semuanya ternyata ke arah benda-benda lagho dan berunsurkan maksiat. Boleh dikira dengan jari, berapa banyak sangatlah rancangan yang betul-betul membawa mesej yang baik. Sepatutnya di bulan Syawal ini, janganlah kita cemarkan dengan benda-benda macam tu. Saya bukanlah alim, wara’ ataupun seangkatan dengannya..tetapi, ini adalah pengajaran buat saya dan juga semua. Hampir setiap hari, ada je iklan cerita-cerita yang berunsurkan tahyul dan hantu. Saya bukan apa.. kadang-kadang saya kesian tengok kanak-kanak kecil.. kecil-kecil lagi dah takut. Sebab apa? Selalu sangat disogokkan dengan cerita hantu dan akhirnya terpengaruh dan jadi penakut.

Namun, di sebalik semua itu, saya sangat terharu melihat majalah dan dokumentari yang disiarkan di stesen-stesen tv. Saya dapat lihat bagaimana masyarakat lain di luar sana menyambut Ramadhan dan Syawal. Terdetik di hati kecil ini, alangkah beruntungnya aku! Hidup di bumi Allah ini dengan serba kemewahan. Tidak seperti saudara-saudaraku yang lain..

Fikir- fikirkan dan renung-renungkanlah..

No comments: