Sunday, September 5, 2010

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Nyanyian: Raihan ft Man Bai

Masih ingatkah dengan lagu ini? Mungkin ada di antara kita yang masih ingat, mungkin juga tidak..
Lagu ini amat popular suatu masa dahulu, dan kini masih lagi popular..

Hayati setiap bait-bait lagu ini..
Kalau difikirkan balik, boleh sebak dan boleh mengalirkan air mata buat sesaipa sahaja yang mendengar lagu ini..

Dek kesibukan kita mengejar untuk membuat persiapan Aidilfitri, kita terlupa dan alpa akan Ramadhan yang kian tiba di penghujungnya..

Ya Allah, adakah kita sempat untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan?
Moga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah SWT..

Kadangkala, terdetik di hati, adakah cukup amalan kita pada bulan ramadhan pada tahun ini?
Adakah Allah menerima segala amal ibadah yang kita kerjakan?
Adakah kita dapat berjumpa dengan Malam Lailatul Qadar yang mana malam yang lebih baik daripada seribu bulan?

Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Ameen~


p/s: pesanan untuk diri saya dan juga seluruh umat Islam. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini. perbetulkan jika ada yang tersilap.. mohon maaf

No comments: