Saturday, June 5, 2010

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya...

saya ingin berkongsikan kepada anda semua sebuah cerita yang dipetik daripada cerita seorang sahabat baik saya, Cik F.

saya ada seorang sahabat baik, Cik F namanya.. pada hari terakhir sesi persekolahan sebelum cuti mid-sem yang lepas, yakni pada hari jmaat yang lalu, Cik F ingin ke kelas bagi mengambil barangnya yang tertinggal. Cik F pun pergilah berseorangan ke blok akademik.

Selepas Cik F mengambil barang-barangya, tiba-tiba mata Cik F terpandang akan sepasang tupai di dalam kelas ( bukan kelas Cik F).

Wah,wah!! Bukan main mesra tupai-tupai ini, bentak hati Cik F. Tupai-tupai itu hanya berdua, bukan bertiga, bukan berempat.. (tapi saya dan Cik F amat pasti, mereka bertiga. cuma pihak ketiga itu tidak nampak dengan mata kasar manusia)

Cik F sangat terkejut tatkala melihat aksi dua ekor tupai tersebut.. mana taknya, keletah tupai-tupai tersebut ibarat sepasang kekasih sedang bercinta. Cik F begitu teruja dan ingin menyiasat perkara itu dengan lebih mendalam lagi.

Cik F terus mengekori tupai-tupai itu, sehinggalah ke bilik guru. Cik F pun pergi ke bilik guru dan terserempak pula dengan sahabat kami, Cik U. Cik F pun menceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi pada Cik U.

Dipendekkan cerita, Cik F ternampak, dua ekor tupai tadi. Mereka ingin berpisah. Selepas mengucapkan kata-kata selamat tinggal.. (barangkali, kebarangkaliannya 1)

tupai-tupai itu pun berpisah..

Selepas berpisah, Cik F pun berjalan di belakang cik tupai jantan.. Hati Cik F membuak-buak ingin menzahirkan amarahnya kepada cik tupai jantan itu..

Akhirulkalam, Cik F berjaya juga menzahirkan perasaan amarahnya itu..
"Seronok duduk berdua tadi?"
itulah perkataan yang terpacul daripada mulut Cik F. Cik F tidak pasti, adakah sang tupai jantan itu mendengarkannya, tetapi kebarangakalian untuk sang tupai tersebut dengar amat tinggi.


Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

No comments: