Saturday, June 5, 2010

pemimpin yang berkaliberkah anda?

Assalamualaikum wbt..


PEMIMPIN?

apakah itu pemimpin?

pemimpin (kata nama) :Bersinonim dengan ketua kerajaan, perdana menteri, ketua menteri, gabenor, menteri besar, menteri, amir, umarak, ulil amri, ulul amri, penghulu, penggawa, batin, undang lurah; jeneral, panglima, laksamana, fil marsyal, komander; ketua, ketua pengarah, pengarah, pengetua, pengerusi, pengurus, pengurus besar, ketua eksekutif, bos; konduktor; nakhoda, juragan, malim, jurumudi, kapten; nabi, rasul, imam, paus;


seperti yang kita ketahui, secara umumnya, tugas pemimpin adalah untuk memimpin anak buahnya supaya satu kelompok, komuniti atau organisasi itu dapat berjalan dengan lancar..

itu secara umunya yang saya rasa semua orang tahu..

namun hakikatnya di sini, bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani ramai?

-adakah dengan paras rupa yang menawan dan memikat hati?

-adakah dengan kepetahan anda berbicara di khalayak ramai?

-adakah dengan ramai sokongan daripada teman seperjuangan?

saya bukannya seorang yang pakar berbahasa-basi cuma ingin menyatakan pendapat saya..

secara jujur dan ikhlas, sebagai seorang pelajar sekolah, saya mengharapkan seorang pemimpin yang berkaliber, berdedikasi, berwibawa dan disegani ramai untuk memipin para pelajar di sekolah saya. Hal ini amat enting kerana pada tahun ini, saya dan rakan-rakan saya akan menduduki SPM, yang akan menetukan arah tuju kami kelak..


Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]



Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.


-Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.


-Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.


-Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

di sini saya ingin menyatakan bahawa, seorang pemimpin itu haruslah menjaga dirinya supaya tidak terjebak dengan maksiat.. bukan untuk memuji diri ini baik.. tidak sama sekali.. memang benar, manusia memang tidak lari daripada melakukan khilaf dan dosa.. begitu juga dengan insan seperti saya ini.

Namun begitu, harus diingat.. kita hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak terjerumus ke arah maksiat..

saya amat pasti, semua pelajar sebaya dengan saya sudah mampu untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk..

jangan jadi seorang yang hipokrit.. bila jawab kertas peperiksaan agama islam, semua tahu jawab, kelebihan menjaga batas-batas pergaulan ialah dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat... namun, di manakah amal nya?

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah..








Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.



Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.


Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].


Sebagai seorang pemimpin, kita harus sedar yang kita ini merupakan suri teladan kepada anak buah kita. Segala tindak tanduk kita diperhatikan.. oleh itu, kita jangan lah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anak buah hilang kepercayaan dan 'respect' terhadap diri kita.. Untuk memimpin orang, kita harus perbetulkan diri kita dahulu. yang mana salah perbetulkan dulu.. baru boleh tegur anak buah..


sebagai contoh, seorang pemimpin mestilah menjaga kehormatan dan maruah dirinya.. jangan terlibat dengan perkara-perkara yang tidak elok yang mana boleh menjatuhkan nama baiknya.. kalau lah seorang pemimpin itu melakukan perkara tidak elok, sudah pasti anak buah tidak mahu untuk mengikut pemimpin tersebut, lantaran itu, organisasi itu tidak bersatu padu dan akhirnya runtuh..




bukan niat saya untuk menjatuhkan mana-mana pihak, kerana saya juga seorang pemimpin. ini sebagai peringatan untuk diri saya dan juga orang lain.. moga kita semua dapat bersatu hati agar kejayaan milik kita bersama..


Patah kemudi perahu hanyut.


SPM STRAIGHT A+!!


TGB is #1!!!


nota: siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya..harap maaf atas kekasaran bahasa.. moga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah SWT dalam apa jua perkara yang kita lakukan..

No comments: